Pemandu Van (Delivery) - KL & Selangor
Prismplus
Apply to this jobDeskripsi Kerja
PRISM+ sedang mencari pemandu Van (penghantar barang) yang boleh dipercayai yang mementingkan kepuasan pelanggan dan mengangkut barangan dengan selamat & tepat pada masanya. Pemandu akan mengambil dan menghantar barang sambil mematuhi laluan dan jadual waktu yang ditetapkan. Untuk berjaya sebagai pemandu penghantar barang, anda harus bersikap sopan dengan komitmen untuk menyediakan pelanggan kami pengalaman yang terbaik. Anda harus teliti dalam memastikan pesanan dipenuhi dengan betul, komited terhadap keselamatan kerja, dan bersemangat untuk memuaskan hati pelanggan.
Tanggungjawab Pekerjaan
- Memuatkan, mengangkut dan menghantar barang kepada pelanggan atau syarikat dengan cara yang selamat dan tepat pada masanya.
- Menyemak pesanan sebelum dan selepas penghantaran untuk memastikan pesanan lengkap, dan pelanggan berpuas hati.
- Membantu menaikkan barang dan mengatur barang dalam kenderaan.
- Menyediakan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang, menjawab soalan mudah dari pelanggan.
- Mematuhi jalan yang ditetapkan dengan mengikut jadual waktu yang diberikan.
- Mematuhi semua undang-undang pengangkutan dan mengekalkan rekod pemanduan yang bersih & selamat.
Requirements
- Mempunyai Lesen GDL D.
- Berpengalaman memandu Van.
- Berkeupayaan untuk berjalan, memandu, mengangkat dan membawa barang berat (maksimum 30kg) untuk tempoh yang berpanjangan.
- Berkediaman di Selangor / KL.
- Terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja.
Benefits
- Kenaikan tahunan dan bonus prestasi.
- Insentif untuk setiap barang yang dihantar.
- Faedah tahunan perubatan.
- Cuti hari jadi.
Summary
Drive and deliver goods safely and on time, ensuring customer satisfaction.
Job title
Pemandu Van (Delivery) - KL & Selangor
Experience level
berpengalaman
Industry
logistics
Location requirements
Must be in Puchong, Selangor, Malaysia; remote not allowed.
Salary
Not specified
Management role
No
Required skills
Preferred skills
Specializations
Structured locations inferred from the posting.
Puchong, Selangor, Malaysia